KEK PISANG
▼
Sunday, July 27, 2014
RED VELVET CHEESE BROWNIES
RED VELVET CHEESE BROWNIES
sumber dari : Azie Kitchen
Bahan-bahan :
2 1/2 cawan all-purpose flour/tepung kek
1 tsp garam
2 tbsp serbuk koko
1 1/3 cawan vegetable oil atau 113 gm butter dicairkan
1 cawan buttermilk (1 tbsp jus lemon + 1 cawan susu segar = rehatkan 10 minit)
1 tbsp red food colouring
1 tsp esen vanilla
2 biji telur gred 'A/B'
1 1/4 cawan gula kastor
1 tsp distilled vinegar
1 tsp baking soda
Cara-cara :
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
Satukan tepung, serbuk koko dan garam sebelum diayak. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanilla.
Menggunaka kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.
Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuangkan ke dalam adunan dan terus kaupbalik sehingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang 4 persegi bersaiz 9x9 inci atau 10x10 inci yang telah dialaskan dengan baking paper (lebihkan kertas baking paper pada kiri kanan loyang untuk memudahkan mengeluarkan brownies dari loyang). Ketepikan lebih kurang 2-3 sudu besar adunan kek untuk dibuat corak di atas lapisan cheese nanti.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 50 minit sehingga 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Sementara kek dibakar, bolehlah sediakan adunan cheese.
Setelah kek masak, boleh ditekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi. Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tidak perlu disejukkan. Ratakan lapisan cheese.
Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi ke dalam piping bag dan paipkan secara melintang sehingga habis. Kemudian lorek secara ulang-alik menggunakan lidi sate atau corakkan ikut kreativiti sendiri.
Sambungkan membakar selama 30 minit lagi atau sehingga masak. Biar betul-betul sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk. Akhir sekali dipotong dengan pisau yang dicelupkan di dalam air panas dan lapkan sebelum digunakan.
Bahan Lapisan Cheese :
350 gm cream cheese
1 cawan gula icing
1 biji telur gred 'A/B'
1 tbsp jus lemon
Cara-cara :
Putarkan cream cheese sehingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehinga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan ke atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan.
TIPS :
1) Buangkan baking paper dari brownies dan simpan brownies di dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan juga mudah dan cantik ketika dipotong bila sejuk.
2) Untuk membakar selepas dimasukkan lapisan cream cheese, gunakan api bawah sahaja apabila permukaan cream cheese mula menampakkan warna keperangan.
No comments:
Post a Comment