KEK PISANG
▼
Wednesday, July 9, 2014
SERI AYU JAGUNG
SERI AYU JAGUNG
sumber : Ayu@Curlybabesatisfaction; thanks
Bahan-bahan :
1 1/4 cawan gula
1 1/4 cawan santan/air kelapa
3 biji telur
1 sudu kecil ovalette
2 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
1/2 tin jagung krim
Sedikit pewarna kuning
1 biji kelapa parut putih + sedikit garam + sedikit tepung gandum = gaul rata & kukus sebentar...
Cara-cara :
Pukul telur bersama gula dan ovalette sehingga kembang dan gebu. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga sebati. Masukkan tepung, serbuk penaik dan gaul sehingga sebati semuanya, masukkan jagung krim dan sedikit pewarna. Gaul sebati dan perapkan seketika selama 10-15 minit.
Panaskan kukusan. Sapukan acuan dengan sedikit minyak..masukkan kelapa, tekankan...masukkan adunan tadi kemudian kukus selama 15 minit. (1 acuan : 3 sudu kecil kelapa)
No comments:
Post a Comment