KEK PISANG
▼
Wednesday, July 9, 2014
TAT GULUNG STRAWBERI
TAT GULUNG STRAWBERI
buku resipi 'Jamuan Biskut' Chef Zubaidah
Bahan A :
250 gm mentega
2 sudu besar minyak sapi
Bahan B :
2 sudu teh pewarna merah
1 biji kuning telur
Bahan C :
160 gm tepung jagung
450 gm tepung gandum
50 gm susu tepung
4 sudu besar susu pekat manis
Bahan D :
jem nenas strawberi secukupnya
Hiasan :
coklat masakan hitam (cairkan)
manik warna warni
Cara-cara :
1. Sebatikan bahan A.
2. Masukkan bahan B dan sebatikan.
3. Masukkan bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Paipkan adunan, isikan jem nenas strawberi dan gulungkan.
5. Susunkan di atas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 140'C selama 30 minit.
6. Setelah biskut sejuk, hiaskan dengan coklat masakan hitam dan manik warna warni.
No comments:
Post a Comment