KEK PISANG
▼
Thursday, August 7, 2014
KEK LAPIS KEJU COKLAT
KEK LAPIS KEJU COKLAT
sumber dari : Dayang Jack@Dapur Ku Sayang ; thanks... (sedap)..
Bahan A :
7 biji telur gred A
250 gm tepung Hong Kong ( 220 gm jika menggunakan tepung gandum)
180 gm gula halus
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
75 ml air ais
Bahan B :
250 gm mentega
140 gm cream cheese (suhu bilik)
7 sudu besar susu pekat manis
Bahan C :
50 gm serbuk koko
2-3 sudu besar susu pekat manis
sedikit pewarna coklat atau coklat emulco
Hiasan : chocolate rice secukupnya jika suka
Loyang : 8 inci persegi, digris dengan sedikit mentega & dialas dengan baking paper
Cara-cara :
1. Pukul bahan A sehingga kembang dan pekat.
2. Di dalam bekas berasingan, pukul bahan B sehingga berkrim.
3. Kemudian satukan bahan A & B. Putar lagi dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong (lebihkan sedikit bahagian ini jika suka) dan satu bahagian lagi disatukan dengan bahan C, putar sehingga sebati.
5. Bakar/grill lapis demi lapis. Mulakan dengan lapisan coklat, ratakan dengan 6 atau 7 sudu makan adunan dan bakar/grill menggunakan api atas sahaja (suhu 170'C) selama lebih kurang 5 minit. Setelah itu keluarkan loyang dari oven dan tekankan lapisan kek dengan menggunakan penekan kek. Kemudian lapis lagi dengan adunan seterusnya. Ulangi proses ini sehingga habis lapisan adunan coklatnya.
6. Kemudian teruskan melapis dengan adunan lapisan putih pula sehingga habis. Taburkan dibahagian atasnya dengan sedikit chocolate rice jika suka.
7. Setelah habis membakar kesemua lapisan, bakarlah untuk keseluruhan kek selama 5-6 minit pada suhu 160'C (api atas dan bawah) atau ikut keselesaan oven masing-masing.
8. Sejukkan kek dahulu setelah dikeluarkan dari oven.
Nota :
1. Jika lapisan kek agak kering, bolehlah disapu dengan sedikit mentega terutama yang menggunakan tepung gandum.
2. Kek boleh bertahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.
3. Semakin lama kek disimpan semakin sedap & moist.
4. Guna mentega berkualiti untuk hasil kek yang lebih sedap.
No comments:
Post a Comment