KEK PISANG
▼
Friday, October 24, 2014
IKAN MASAK MASAM MANIS
IKAN MASAK MASAM MANIS
buku : Senangnya Memasak Ikan - Chef Hanieliza
tried & tested : zaralovebaking
Bahan A :
4 ekor ikan kerisi (buang sisik & cuci bersih)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
Bahan B : (Untuk Sos)
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia * ( * dihiris )
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram (tambahan)
2 biji cili merah (dihiris nipis)
1/2 cawan air
1 biji tomato (dipotong 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (dipotong/hiris)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Cara Penyediaan :
1. Ikan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sehingga garing.
2. Terbalikkan kedua-dua bahagian supaya masak rata. Kemudian letakkan di dalam pinggan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
4. Apabila wangi, masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan air.
5. Masukkan juga cili potong, garam (sekiranya perlu) dan gula secukup rasa.
6. Apabila kuah pekat, tuangkan ke atas ikan yang digorengkan tadi.
7. Hiaskan bersama daun sup dan daun bawang.
No comments:
Post a Comment