KEK PISANG
▼
Tuesday, October 21, 2014
KUIH BADAK BERENDAM...buat lagi sebab tak puas makan!!!
KUIH BADAK BERENDAM
sumber dari : AzieKitchen ; thanks...
tried & tested : zaralovebaking
Bahan untuk Doh :
2 cawan tepung pulut putih
1 1/2 cawan perahan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil air kapur cair (optional)
Cara-cara :
Campurkan garam dengan air pandan dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut yang telah dicampurkan dengan air kapur cair sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan tidak melekat di tangan (tidak perlu habiskan air pandan tadi).
Ambil sedikit doh, bulat dan leperkan. Letakkan inti kelapa ditengahnya dan bulatkan kembali. Aturkan di atas plastik supaya bebola doh tidak melekat. Sementara itu didihkan air dan daun pandan di dalam periuk. Kemudian keluarkan daun pandan tadi. Masukkan bebola doh pulut dan masak sehingga bebola timbul di permukaan, angkat dan toskan. Masukkan ke dalam periuk berisi kuah tadi.
Sedia untuk dihidangkan.
Bahan Kuah : (sumber : citarasawan)
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh garam
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan kuah di dalam periuk dan kacau di atas api perlahan sehingga pekat. Ketepikan.
Bahan Inti : (sumber : citarasawan)
4 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula putih
1/2 biji kelapa parut muda putih
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung pulut putih
Cara Penyediaan :
1. Masak gula merah, gula putih dan air di dalam periuk dan kacau sehingga gula hancur. Kemudian tapis.
2. Masukkan semula air gula tadi ke dalam periuk bersama kelapa parut. Masak menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga inti hampir kering. Taburkan dengan tepung pulut dan kacau sehingga rata.
3. Sejukkan inti dan gentel bulat-bulat untuk dimasukkan ke dalam adunan doh.
As salam. Menelan nelan air liur melihatnya. Hmm mula lah terasa nak membuatnya lagi
ReplyDeleteAs salam Azie! Sebenarnya buatkan untuk anak yang tengah mengidam
ReplyDeletemohon share kak??
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDelete