KEK PISANG
▼
Tuesday, October 21, 2014
NASI OREN
NASI OREN
Buku resipi : Senangnya Memasak Nasi Chef Hanieliza
Tried & tested : zaralovebaking ; sangat sedap...
Bahan A :
3 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 kiub pati ayam
2 helai daun pandan (disimpul)
1/2 cawan kismis
4 sudu makan jus oren Sunquick
Sedikit pewarna kuning
1 pokok daun bawang (dihiris kasar)
Bawang goreng secukupnya
3 sudu makan mentega
Garam secukup rasa
Bahan B (Tumisan) :
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
2 inci kulit kayu manis
8 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
Cara Memasak :
1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Toskan.
2. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumiskan bahan B sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan air, kiub pati ayam, daun pandan dan garam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, kismis dan jus oren. Kacau rata.
5. Tutup api dan alih kan ke dalam Rice Cooker. Masakkan nasi seperti biasa sehingga air kering.
6. Apabila nasi sudah masak, letakkan pewarna kuning di beberapa tempat di atas nasi.
7. Biarkan nasi kering lagi selama 5 minit.
8. Tutup suis Rice Cooker. Gemburkan nasi dengan garfu/chopstick. (Jangan terlebih gaul nanti nasi patah).
9. Hias dengan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.
No comments:
Post a Comment