KEK PISANG
▼
Thursday, October 9, 2014
KUIH NONA MANIS
KUIH NONA MANIS
Resipi Asal : Warisan Mama
Sumber dari : Hesti's Kitchen, Azlita Masam Manis dll.; thanks....
Tried & tested : zaralovebaking.blogspot.com; sangat sedappp...
Bahan A :
1 biji telur gred B (kocok hingga kembang)
1/2 cawan gula halus (125 gm)
1 cawan santan kotak KARA (250 ml = 1/2 cawan santan KARA + 1/2 cawan air)
1 cawan tepung gandum (145 gm)
Cara-cara :
Di dalam bekas, satukan gula halus, tepung dan santan, kacau rata. Masukkan telur yang dipukul dan whisk kan sehingga rata dan tidak berketul. Ketepikan dulu.
Bahan B :
1/2 cawan santan kotak KARA (125 ml)
1/2 cawan air pandan (125 ml - 5 helai daun pandan + 1/2 cawan air, kisar & tapis)
1/4 cawan gula halus (55 gm)
1/4 cawan tepung jagung (30 gm)
Secubit garam (1/4 tsp)
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit pandan emulco (optional)
Cara-cara :
1. Di dalam periuk, satukan air pandan dan santan. Kemudian campurkan gula halus, tepung jagung, garam, pandan emulco (optional) dan sedikit pewarna hijau, tambahkan pewarna jika perlu untuk mendapatkan warna yang lebih menyerlah.
2. Whisk sehingga rata dan tidak berbintil.
3. Kemudian masak dengan api sederhana sehingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat, kacau sehingga rata.
4. Angkat dari dapur, ambil adunan A dan tuangkan ke dalam adunan B sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga rata dan adunan menjadi pekat dan licin. Ketepikan dahulu sementara menyediakan adunan Putih.
Bahan C : Adunan Putih
1 cawan santan kotak KARA (1/2 cawan santan KARA + 1/2 cawan air)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula (optional)
1/2 sudu teh garam
Acuan lompang kecil = 32 biji
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan C. Tapiskan ke dalam periuk kemudian masak di atas api sederhana sambil sentiasa dikacau sehingga ia pekat.
2. Biarkan adunan suam sedikit baru dimasukkan ke dalam piping bag (gunting sedikit hujungnya untuk dipaip).
3. Panaskan pengukus sehingga airnya mendidih. Balut atau lap tutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis pada kuih.
4. Sediakan acuan lompang saiz kecil, oleskan dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan adunan hijau 3/4 penuh di dalam acuan lompang.
6. Kemudian paipkan adunan Putih di tengah-tengah adunan Hijau sehingga adunan menaik.
7. Susunkan di dalam pengukus dan kukus selama 7-10 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
8. Angkat dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.
Nota : saya tukarkan pewarna hijau kepada merah dan tambah sedikit esen rose ke dalam air pandan yang ditukarkan kepada air biasa saja...
No comments:
Post a Comment