KEK PISANG
▼
Friday, October 10, 2014
SAMBAL TEMPE GORENG IKAN BILIS
SAMBAL TEMPE GORENG IKAN BILIS
Oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
2 paket tempe (dihiris nipis, goreng hingga garing & ketepikan)
Segenggam ikan bilis (digoreng garing & ketepikan)
4 batang cili merah *
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci belacan (dibakar) * ( * ditumbuk kasar/halus)
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Memasak :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan bertanda * sehingga wangi dan garing. Matikan api. Biarkan sebentar. Masukkan tempe yang sudah digoreng, kacau rata. Akhir sekali barulah dimasukkan ikan bilis goreng dan kacau rata. (tujuan memasukkan tempe dan ikan bilis dimasukkan selepas tutup api adalah supaya kedua-dua bahan ini kekal rangup).
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas serta lauk-pauk sampingan.
No comments:
Post a Comment