KEK PISANG
▼
Monday, October 20, 2014
TIRAMISU (Italian Dessert)
TIRAMISU (Italian Dessert)
sumber dari : kekdihatiku ; thanks...
tried & tested : zaralovebaking
Bahan-bahan :
200 gm krim putar (UHT whipping cream)
250 gm cream cheese; suhu bilik
30 ml susu segar
5 sudu besar gula halus
180 ml air (dicampurkan dengan 1 sudu teh serbuk kopi segera = kacau sebati)
1 sudu besar serbuk koko (untuk hiasan)
30 gm parutan coklat masakan (untuk hiasan)
20 keping biskut Lady's Fingers/biskut Marie secukupnya
Sedikit strawberry (untuk hiasan - jika suka)
Cara-cara :
1. Pukul krim putar sehingga kental dan ketepikan dulu.
2. Putarkan krim keju sehingga lembut.
3. Masukkan susu segar dan gula halus serta putar lagi sehingga adunan menjadi ringan.
4. Campurkan krim putar ke dalam adunan krim keju, dikacau rata dan sebati secara kaupbalik.
5. Celupkan biskut di dalam air kopi dan susun beberapa keping ke dalam mangkuk kaca.
6. Ratakan sedikit adunan campuran krim keju di atasnya.
7. Ayakkan serbuk koko di atasnya.
8. Celupkan biskut lagi di dalam air kopi, susun dan tutup dengan baki krim keju.
9. Akhir sekali, ayakkan serbuk koko dan taburkan coklat parut.
10. Tutupkan dengan cling wrap/plastik dan biarkan didalam peti sejuk selama 4 jam.
11. Hiaskan dengan buah strawberry (jika guna) dan siap untuk dihidangkan...
(yields : 6 biji bekas)
No comments:
Post a Comment