KUBIS MASAK LEMAK
Bahan-bahan :
500 gm kubis
1 paket kecil suun (direndam hingga lembut)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air
2 cawan santan pekat (dari 1/2 biji kelapa)
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Sayur kubis dipotong ikut kesesuaian masakan. Basuh dan toskan.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali suun dan santan pekat ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan santan pekat, suun dan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
4. Apabila mendidih, tutup api dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment