MI GORENG SEGERA
sumber : Buku Koleksi Rasa 'Masakan Lama & Baru'
Bahan-bahan :
1 bungkus mi segera
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh lada sulah
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji telur
5 gm kubis (dihiris halus)
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Rebus mi di dalam periuk sehingga lembut, toskan dan ketepikan.
2. Hiris bawang kecil, bawang putih dan cili.
3. Tumis bahan yang telah dihiris sehingga garing.
4. Masukkan sos tiram dan lada sulah. Kemudian masukkan telur.
5. Masukkan mi tadi, gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan hirisan kubis, gaul rata dan perasakan dengan garam.
No comments:
Post a Comment