KEK PISANG
▼
Saturday, November 15, 2014
POPIA GORENG
POPIA GORENG
sumber : SAJI Oktober 2012
tried by : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
10 keping kulit popia
1 batang lobak merah - hiris memanjang
1 biji sengkuang kecil - hiris memanjang
1 labu bawang besar - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
200 gm tauge
250 gm udang - dibuang kulit & dicuci
1 labu bawang besar - hiris kasar
250 ml minyak masak
Garam secukup rasa
Cara Membuat Popia Goreng :
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang, masak sebati.
2. Selepas itu, masukkan pula hirisan lobak merah dan sengkuang. Masak sehingga layu dan empuk.
3. Kemudian masukkan tauge dan garam secukup rasa.
4. Apabila sudah masak sebati, angkat dan tuskan minyaknya.
5. Ambil sekeping kulit popia, letakkan sedikit inti dan balut/gulung kemas popia.
6. Lekatkan hujung kulit popia dengan bancuhan sedikit tepung jagung bersama air, kemaskan hujung gulungan popia.
7. Panaskan minyak, goreng popia sehingga masak. Angkat dan tuskan minyaknya. Hidangkan dengan sos cili.
Bahan Sos :
250 gm sos tomato
250 gm sos cili
1 labu bawang putih - kisar
150 ml air
Cara Menyediakan Sos :
1. Satukan sos tomato dan sos cili di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan air secukupnya.
2. Masak sos sehingga sebati, biarkan ia mendidih. Tutup api dan ketepikan.
No comments:
Post a Comment