KEK PISANG
▼
Saturday, November 15, 2014
SWEEDISH MEATBALL ALA IKEA
SWEEDISH MEATBALL ALA IKEA
Resepi dari : Faa Rosli; thanks..
Sumber : SeriKandiTanahJauha dll.; thanks..
Tried by : zaralovebaking.blogspot.com ; sangat sedap...
Bahan-bahan :
Meatball secukupnya (Jenama MARINA/RAMLY) digoreng tanpa minyak dengan api sederhana. Pastikan selalu dibalik-balikkan supaya tidak hangus.
Kentang goreng secukupnya
1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit
Salad & tomato secukupnya
Bahan Sosnya :
2 sudu makan mentega
1 1/2 sudu makan tepung gandum
1 biji bawang besar kuning (dipotong dadu kecil)
2 biji tomato sederhana besar (dipotong dadu kecil)
1 1/2 cawan air sejuk
100 ml susu segar atau susu cair
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos lada hitam
1 kiub pati daging
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak Sos :
1. Cairkan mentega menggunakan api kecil. Tumiskan bawang besar sehingga layu dan kecoklatan.
2. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga tepung berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biarkan sehingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub pati daging, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih. Sentiasalah dikacau supaya tidak berketul.
4. Kacau sehingga sebati. Tutup api dan biarkan suam seketika kemudian masukkan ke dalam blender dan kisarkan sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem pilihan. Juga boleh dihidangkan dengan salad dan tomato...
No comments:
Post a Comment