KEK PISANG
▼
Monday, November 17, 2014
SAMBAL SOTONG KEMBANG
SAMBAL SOTONG KEMBANG
sumber : Chef Hanieliza
Bahan A :
1 ekor sotong kembang (dihiris kasar)
1 labu bawang besar (dihiris kasar)
1/2 cawan jus asam jawa
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Bahan B : (Dikisar)
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan (sekiranya suka)
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan kacau rata.
3. Masukkan sotong dan bawang besar. Kemudian kacau rata.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masakkan hingga kuah pekat.
5. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment