KEK PISANG
▼
Tuesday, November 18, 2014
SOSEJ KACANG PANGGANG
SOSEJ KACANG PANGGANG
sumber : Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
1 tin kacang panggang
10 batang sosej (dipotong pendek)
1 sudu makan minyak masak
1/2 cawan sos tomato
1 tin cendawan butang (dihiris)
1 biji capsicum merah *
1 biji capsicum hijau *
1 labu bawang besar * (* dipotong dadu )
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan sosej dan gorengkan sehingga garing.
3. Masukkan sos tomato dan cendawan butang. Kemudian kacau rata.
4. Masukkan kacang panggang, capsicum merah dan capsicum hijau. Gaul sehingga sebati.
5. Hidangkan bersama roti bakar ataupun roti bawang putih (garlic bread).
No comments:
Post a Comment