KEK PISANG
▼
Tuesday, November 18, 2014
NASI HUJAN PANAS
NASI HUJAN PANAS
sumber : Chef Hanieliza
Bahan A :
4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 kiub pati ayam Maggi
3 biji tomato (dicincang)
1 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan marjerin
Garam secukup rasa
Pewarna : hijau, merah & kuning
Bahan B : (Tumisan)
3 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
1 inci halia * ( * ditumbuk )
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 batang serai (diketuk)
2 helai daun pandan (disimpul)
Cara Membuat :
1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk.
3. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
4. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan susu cair, kiub ayam, tomato dan beras. Kacau rata. Masakkan seperti nasi biasa.
6. Apabila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada setiap tempat yang berlainan.
7. Biarkan nasi masak dan kering. Kemudian gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang.
No comments:
Post a Comment