KEK PISANG
▼
Sunday, December 7, 2014
AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA YATIEMEMORIES
AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
sumber : yatiememories; thanks..sedap
tried & tested : zaralovebakig..
Bahan-bahan :
1 paket serbuk agar-agar (10 gm)
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula Melaka (anggaran 200 gm - dhiris kasar)
1/4 cawan gula pasir
250 ml santan pekat
1 biji telur
2 helai daun pandan - disimpulkan
secubit garam
Cara Membuat :
1. Masak gula Melaka, gula pasir bersama 1 cawan air. Masukkan daun pandan, masakkan sehingga mendidih dan hendaklah sentiasa dikacau. Bila sudah siap, tapiskan dan jadikan jumlahnya sebanyak 2 cawan. (Gunakan air yang dari 4 cawan tadi).
2. Di dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama serbuk agar-agar sehingga mendidh.
3. Masukkan air gula Melaka tadi dan hendalah sentiasa dikacau sehingga mendidih.
4. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.
5. Kacau dan tunggu sehingga menggelegak di atas api sederhana. PENTING!!! Bila menggelegak, biarkan ia seketika anggaran 1 hingga 2 minit sambil dikacau-kacau agar adunan tidak membuak dan melimpah dari periuk. Bila telah kelihatan berbintil-bintil, tutupkan api.
6. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahka terlebih dahulu dengan air. Biarka suam seketika dan mengeras sedikit barulah dimasukkan ke dalam peti ais. Sejukkan.
No comments:
Post a Comment