KEK PISANG
▼
Sunday, December 7, 2014
PENGAT PISANG
PENGAT PISANG
Oleh : zaralovebakig..
Bahan-bahan :
2 biji pisang tanduk
1 cawan santan pekat
2 cawan air
3 sudu makan gula merah + 1/2 cawan air, gaul rata dan ditapiskan
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disimpulkan
Air secukupnya untuk merebus pisang
Secubit garam
Cara Membuat :
1. Buangkan kulit pisang dan hiriskan serong. Rebus pisang sehingga separuh masak. Bila sudah empuk, angkat dan di toskan.
2. Di dalam periuk lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah dan gula pasir tadi. Masakkan sehingga mendidih.
3. Masukkan pisang yang direbus tadi dan daun pandan, gaul sebati.
4. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah, biarka mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah ditambahkan sedikit lagi gula pasir.
No comments:
Post a Comment