KEK PISANG
▼
Sunday, December 7, 2014
SPAGETTI BEBOLA DAGING
SPAGETTI BEBOLA DAGING
oleh : zaralovebaking
Bahan-bahan :
1 paket spagetti (direbus sehingga lembut)
1/2 paket bebola daging jenama Ramly
1 tin cendawan butang (dihiris)
1 biji capsicum merah *
1 biji capsicum hijau *
3 biji tomato *
1 batang lobak merah *
1 labu bawang besar * (kesemua yang bertanda * dipotong dadu)
1 cawan sos tomato (I use sos Prego Tradisional)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk oregano
2 sudu makan minyak jagung
50 gm daun parsli (dicincang halus)
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Di dalam kuali/periuk, panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan cendawan butang, tomato, lobak merah, sos tomato/prego, serbuk oregano, serbuk lada hitam dan garam. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan bebola daging dan kacau perlahan sehingga mendidih dan masak.
4. Masukkan capsicum hijau dan capsicum merah. Kacau rata sekali lagi. Tambahkan sedikit air jika kuah agak pekat.
5. Tuangkan di atas spagetti yang sudah direbus.
6. Taburkan daun parsli semasa menghidang.
No comments:
Post a Comment