KEK PISANG
▼
Sunday, December 21, 2014
APAM SUSU KUKUS
APAM SUSU KUKUS
sumber : Azlita Masam Manis/Sabrina Khan/Nana Aboy ; thanks ....
dicuba : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum *
1 tsp. baking powder * (* diayak bersama)
4 biji telur gred A/B
1 cawan gula halus
1 tsp. esen vanilla
1 tbsp. ovallate
4 tbsp. susu pekat manis
4 tbsp. minyak jagung
Pewarna dan perisa pilihan
Cara Penyediaan :
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
2. Di dalam bekas besar, satukan telur, gula halus, ovallate dan esen vanilla. Putar sehingga gebu dan bertukar ke warna putih. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi sehingga sekata.
3. Masukkan pula minyak jagung dan putar lagi. Kemudian masukkan tepung, kaupbalik dengan spatula sehingga adunan rata dan sebati. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian dan letakkan pewarna dan perisa pilihan.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang bersaiz 8 inci (disapu dengan sedikit minyak) secara berselang-seli sehingga adunan habis. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan/loyang.
No comments:
Post a Comment