KEK PISANG
▼
Wednesday, December 10, 2014
GULAI KUNYIT LENGKUAS UDANG
GULAI KUNYIT LENGKUAS UDANG
sumber : yatiememories; thanks - sedap..
Bahan-bahan :
1 kilo udang besar (dicuci bersih)
2 cawan santan dari sebiji kelapa
200 gm kacang panjang atau kacang buncis (dipotong pendek)
3 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit (disiatkan)
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
garam & sedikit gula
Bahan Kisar :
3 tangkai cili merah
15 tangkai cili api
3 cm lengkuas
2 batang serai
3 ulas bawang merah
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan santan dan asam gelugur. Masak sehingga naik minyak dan pekat.
3. Bila dah pekat, masukkan udang, kacang panjang, garam dan daun kunyit.
4. Masak sehingga kuah pekat dan udang masak. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment