KEK PISANG
▼
Wednesday, December 10, 2014
AYAM TUMIS BERSOS
AYAM TUMIS BERSOS
buku Mahir Memasak Koleksi Rasa..
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (buang kulit, potong kecil & cuci bersih)
1 biji bawang merah besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 biji limau nipis (ambil jusnya)
1 tangkai cili merah (dihiris)
4 sudu makan sos tomato
1 sudu makan gula
Sedikit garam & serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Gaul ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Perap seketika.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Gunakan sedikit minyak tadi, tumis bawang putih dan bawang merah besar hingga wangi.
4. Masukkan pula sos tomato dan kacau hingga garing.
5. Masukkan gula dan kacau lagi.
6. Masukkan jus limau nipis dan hirisan cili merah.
7. Akhir sekali masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati sebelum diangkat.
No comments:
Post a Comment