KEK PISANG
▼
Saturday, March 21, 2015
BISKUT FAMOUS AMOS
BISKUT FAMOUS AMOS
sumber dari : Aziz Kitchen; thanks...
tried by : zaralovebaking; (sedap & rangup)...
Bahan-bahan A :
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred 'B'
1/4 tsp garam
1/2 tbsp susu segar @ susu tepung
1/2 tsp esen vanilla
Bahan-bahan B :
2 cawan tepung gandum *
1 tbsp serbuk koko*
1 tbsp tepung jagung*
1/2 tsp cream of tartar*
1/2 tsp soda bikarbonat* (kesemua bahan bertanda* diayak bersama)
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (saya guna kacang hazelnut)
1 cawan chocolate chip (saya guna campuran butterscoth & choc. chip putih)
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam bekas/mangkuk adunan. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk tangan.
2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan dikacau/digaul dengan spatula. Selepas itu masukkan kacang walnut dan chocolate chips. (Adunan agak lembik. Simpan di dalam peti ais seketika).
3. Sudukan atau bulat-bulatkan dan susun di atas loyang. Jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang ketika dibakar. Loyang tidak perlu dilenser.
4. Bakar pada suhu 160'C selama 15-20 minit atau sehingga masak keperangan dibahagian tepinya.
No comments:
Post a Comment