KEK PISANG
▼
Tuesday, March 24, 2015
BISKUT OAT BLACKCURRANT/OATMEAL BLACKCURRANT COOKIES
BISKUT OAT BLACKCURRANT/OATMEAL
BLACKCURRANT COOKIES
sumber dari : Chef Yuda Bustara @ Urban Cook AFC
sumber : citarasawan; thanks...
tried by : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
120 gm oatmeal (1 1/2 cawan)
100 gm tepung gandum (1/2 cawan)
90 gm blackcurrant atau kismis (saya guna kismis) (1/2 cawan)
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp garam halus
85 gm mentega tawar (6 tbsp)
100 gm gula perang (1/2 cawan)
60 gm gula kastor (1/4 cawan)
1 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C.
2. Satukan oatmeal, tepung, blackcurrant, baking soda dan garam. Ketepikan dulu.
3. Pukul kedua-dua jenis gula dan mentega sehingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul rata.
4. Masukkan campuran oatmeal, kaupbalik dengan spatula sehingga bergaul rata.
5. Ambil 1 scoop kecil (1 sudu kecil), aturkan di dalam loyang yang di alas dengan baking paper.
6. Jarakkan biskut di antara 3 cm setiap satu kerana biskut mengembang ketika dibakar.
7. Bakar selama 15 minit atau sehingga biskut kelihatan kecoklatan. Biarkan biskut sejuk dan mengeras sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment