KEK PISANG
▼
Monday, March 16, 2015
TERUNG GORENG KICAP
TERUNG GORENG KICAP
sumber : DapurTanpaSempadan; thanks..
tried by : zaralovebaking..
Bahan-bahan :
3 biji terung ungu saiz sederhana
1 batang leek
1 genggam ikan bilis - dibersihkan & direnda sekejap
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
6 biji cili padi jenis merah - diketuk
1 camca besar sos tiram
3 camca besar kicap lemak manis
1 camca teh kicap pekat
Hirisan daun bawang atau daun sup secukupnya
Sedikit air
Cara Memasak :
1. Terung dihiris serong sederhana tebal dan direndam. Leek dikerat pendek dan direndam. Ikan bilis ditoskan kemudian digoreng sampai garing, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga berbau harum. Masukkan sos tiram, kacau rata dan tambahkan kicap lemak manis, kicap pekat dan sedikit air. Toskan terung dan masukkan ke dalam kuali bersama-sama leek (toskan). Kacau rata.
3. Masak sehingga terung lembut. Tambahkan ikan bilis yang digoreng tadi dan perisakan dengan garam secukup rasa. Taburkan dengan hirisan daun bawang atau daun sup ketika dihidangkan.
No comments:
Post a Comment