KEK PISANG
▼
Sunday, May 24, 2015
GORENG KACANG PANJANG BERTEMPE
GORENG KACANG PANJANG BERTEMPE
Oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 keping tempe dalam paket - dihiris halus dan digoreng
1 ikat kacang panjang - dihiris serong
1/2 batang lobak merah - dihiris ikut citarasa
2 sudu makan udang kering - direndam seketika
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga berbau harum. Kemudian masukkan lobak merah, biarkan seketika sehingga sedikit lembut. Masukkan sedikit air jika perlu. Tambahkan kacang panjang diikuti dengan sos tiram, gaul sebati. Akhir sekali masukkan tempe yang telah digoreng tadi, kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.
No comments:
Post a Comment