KEK PISANG
▼
Sunday, May 24, 2015
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
Oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
4 ekor ketam bunga sederhana besar - kerat dua
2 batang serai - di titik
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
2 biji tomato - dipotong 4
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan Kisar :
14 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan bahan kisar dan serai sehingga naik bau.
2. Masukkan santan cair dan asam gelugur dan biarkan mendidih seketika.
3. Masukkan ketam. Kacau sesekali biarkan mesra dengan kuahnya.
4. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau dan biarkan mendidih seketika.
5. Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan biarkan mendidih seketika.
6. Tutup api, kacau sebentar biar mesra dan kuah tidak pecah minyak. Bolehlah dihidangkan!!!
No comments:
Post a Comment