KEK PISANG
▼
Wednesday, May 20, 2015
NASI KABSAH AYAM
NASI KABSAH AYAM
Set beras dan rempah
Serves 4-5
Bahan-bahan :
Beras basmathi *
Rempah tumis kabsah *
Rempah serbuk kabsah * (* ada dalam set)
1 ekor ayam (sederhana)
2 biji bawang besar
10 biji bawang putih
2 tangkai cili hijau
minyak masak
tomato puri
garam (halalgel)
Perhatian!!
1 1/2 sudu besar rempah serbuk kabsah untuk ayam panggang
1 sudu besar rempah serbuk kabsah untuk nasi
Ayam Panggang :
1. Perapkan 1 ekor ayam dengan 1 1/2 sudu besar rempah serbuk kabsah, 5 ulas bawang putih yang dikisar, 2 sudu kecil garam, 2 sudu besar tomato puri dan 2 sudu besar minyak. (Gaul sebati dan perapkan anggaran selama 30 minit atau lebih).
2. Panggang/bakar di dalam oven selama 1 jam pada suhu 180'C. Balik-balikkan ayam selepas 1/2 jam.
3. Simpan lebihan minyak yang keluar ketika proses memanggang.
Nasi :
1. Rendam beras 20 minit atau lebih kemudian toskan.
2. Tumis 2 biji bawang besar (hiris), 5 ulas bawang putih (hiris), rempah tumis (kayu manis, pelaga, cengkih, dan lumi), 1 sudu besar rempah serbuk kabsah dan 5 sudu besar tomato puree.
3. Masukkan 600 ml air ke dalam tumisan. Biarkan mendidih.
4. Campurkan beras yang telah ditoskan beserta tumisan rempah dan bawang tadi ke dalam rice cooker.
5. Taburkan 1 1/2 sudu kecil garam dan 2 tangkai cili hijau (jangan dihiris).
6. Tanak nasi sehingga 80% masak kemudian masukkan minyak ayam panggang yang disimpan tadi. Gaulkan perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Biarkan sehingga nasi masak sepenuhnya.
Cara buat Sos Harrah :
2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, sedikit daun ketumbar, sedikit cili padi dan sedikit garam dikisar tanpa air. Hidangkan.
Cara buat Salad Arab :
2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu.
Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar.
Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, tambahkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
No comments:
Post a Comment