KEK PISANG
▼
Tuesday, May 19, 2015
PUDING MANGGA SEGAR
PUDING MANGGA SEGAR
sumber : Azie Kitchen ; thanks...
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
3/4 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 biji mangga - isinya dikisar kasar dengan 1/2 cawan air
Cara-cara :
Masak serbuk agar-agar bersama gula dan air sehingga larut dan mendidih. Rasakan kemanisan ikut kesesuaian. Jika kurang manis, boleh ditambah gula.
Satukan susu cair bersama mangga yang dikisar tadi. Masukkan ke dalam periuk agar-agar dan perlahankan api. Kacau sehingga ianya kelihatan hampir mendidih, terus tutupkan api. Jika suka, boleh masukkan sedikit pewarna kuning. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang/acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dulu. Sejukkan dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment