KEK PISANG
▼
Tuesday, May 19, 2015
KEK CHIFON NUTRIFRES
KEK CHIFON NUTRIFRES
by : zaralovebaking...
Bahan A :
5 biji kuning telur gred 'B'
150 ml pati jus Nutrifres
150 gm tepung berserbuk penaik
75 gm gula kastor
5 sudu teh minyak jagung
sedikit chocolate chip (optional)
Bahan B :
5 biji putih telur
1/2 sudu teh krim tartar
75 gm gula kastor
Cara membuat :
1. Masukkan kesemua bahan A (kecuali chocolate chips) ke dalam mangkuk adunan. Gunakan whisk tangan dan gaulkan dalam satu arah sehingga halus dan tercampur rata.
2. Masukkan putih telur dan krim tartar ke dalam mangkuk adunan yang bersih, pukul dengan cepat sehingga berbentuk buih.
3. Masukkan gula perlahan-lahan. Teruskan pukul sehingga putih telur menjadi kaku berbentuk puncak kecil (stiff peaks).
4. Tuangkan adunan A. Kaupbalik satu arah sehingga tercampur rata. Masukkan sedikit chocolate chips (jika guna) dan kaupbalik secara perlahan sehingga tercampur rata.
5. Tuangkan ke dalam acuan chifon bersaiz 8 inci yang tidak berminyak.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama kira-kira 30 minit sehingga berwarna keperangan. Tukar kepada suhu 180'C dan terus membakar sehingga masak dan berwarna kekuningan.
7. Keluarkan dari ketuhar, terbalikkan dan biarkan sejuk. Setelah sejuk keluarkan kek dari acuan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHi Junn,
ReplyDeleteKami sedang menulis artikel berkenaan jus Nutrifres dan menemui artikel ni. Terima kasih kerana mengongsi pengalaman anda.
Kami juga pengedar Nutrifres di Lembah Klang, tahun ni kita akan lancarkan Nutrifres Premium Grade Juice Concentrate. Kami juga menawarkan jus dispenser secara percuma untuk pengusaha f&b. Jika ada kawan Zara yang berminat boleh hubungi kami. Untuk maklumat lanjut boleh layari website kami. Terima kasih.
Beveco Beverage