KEK PISANG
▼
Monday, June 1, 2015
KEK KACANG WALNUT/WALNUT CAKE
KEK KACANG WALNUT @ WALNUT CAKE
buku : Jamuan Kek oleh Chef Zubaidah
Bahan-bahan :
225 gm mentega
200 gm gula kastor
5 biji telur gred B
100 gm kacang walnut (dikisar sedikit)
60 gm susu pekat manis
200 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
Cara Membuat :
1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kemudian masukkan tepung, serbuk penaik dan susu pekat manis.
3. Masukkan 1/2 kacang walnut dan gaulkan sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan bersaiz 8 inci, sapu sedikit mentega dan dilapik kertas minyak dan taburkan baki kacang walnut di permukaan adunan.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
Share ya tksh
ReplyDelete