KEK PISANG
▼
Monday, June 1, 2015
KEK PISANG COKLAT URAI
KEK PISANG COKLAT URAI
buku : Siri Blogger Masakan 'Kek' oleh Azlita Masam Manis
Bahan-bahan :
150 gm pisang (dilenyek)
200 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
3 biji telur gred A/B
120 gm minyak jagung
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen pisang atau vanilla
50 gm coklat urai
Cara Membuat :
1. Pukul kesemua bahan kecuali coklat urai di dalam mesin pemutar sehingga gebu.
2. Masukkan coklat urai. Kaup balik rata menggunakan spatula atau senduk kayu.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah disapu mentega dan dilapik kertas kek.
4. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'C selama 50 minit atau hingga masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment