KEK PISANG
▼
Thursday, July 2, 2015
DAGING PRUN
DAGING PRUN
rujukan : Hanieliza ; thanks...
Bahan-bahan :
600 gm daging batang pinang - dipotong nipis
1/2 cawan buah prun - dibuang biji dan dikisar halus
5 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk rempah kari daging
4 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Bahan Kisar :
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inci halia
Cara Memasak :
1. Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili kisar dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga berbau harum dan sedikit kekuningan.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masakkan sehingga daging lembut.
4. Masukkan buah prun dan garam secukup rasa. Biarkan hingga kuah pekat.
5. Hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani.
No comments:
Post a Comment