KEK PISANG
▼
Thursday, July 2, 2015
PAJERI NANAS
PAJERI NANAS
sumber : senangnya memasak sayur Chef Hanieliza..
Bahan-bahan :
1 biji nanas masak - kupas kulit & dipotong kecil
3 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
1 cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan - dibancuh dengan sedikit air
4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan yang ditumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang dibancuh dengan air sehingga berbau harum dan terbit minyak.
2. Masukkan kerisik dan nanas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
3. Apabila nanas sedikit lembut masukkan santan, garam dan gula merah.
4. Masak sehingga kuah pekat dan naik minyak.
No comments:
Post a Comment