KEK PISANG
▼
Thursday, July 2, 2015
MASAK LEMAK CILI PADI IKAN MASIN SEPAT BERSAMA NANAS
MASAK LEMAK CILI PADI IKAN MASIN SEPAT
BERSAMA NANAS
sumber : Ros Jintanmanis.com; thanks...
Bahan-bahan :
3 ekor ikan masin sepat - dipotong 2
1/4 biji nanas masak - dipotong nipis
1 batang serai - dititik
6-8 biji cili padi - boleh ditambah sekiranya nak pedas
1 cawan santan + 1 cawan air
1 keping asam gelugur
Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Kisar halus atau tumbuk cili padi bersama kunyit hidup sehingga hancur kemudian tuangkan ke dalam periuk dan masukkan serai, kacau sebentar.
2. Selepas itu masukkan santan, air, masak guna api perlahan dan kacau selalu. Setelah kuah agak mendidih masukkan nanas dan asam gelugur. Setelah nanas agak layu masukkan pula ikan masin sepat, sesuaikan rasa dan masukkan sedikit garam jika perlu.
3. Masak sehingga kuah pekat dan terbit minyak dan bolehlah tutup api. Sedia untuk dihidangkan panas-panas.
No comments:
Post a Comment