KEK PISANG
▼
Thursday, July 2, 2015
ONDE-ONDE
ONDE-ONDE @ BUAH MELAKA
buku Senangnya Memasak Kuih-Muih Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan jus pandan/air (3 helai daun pandan)
2 ketul gula melaka - dipotong dadu kecil
1/2 biji kelapa muda parut - diambil bahagian putih sahaja
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Bancuh tepung pulut, tepung gandum dan garam dengan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Bentukkan seperti bebola.
4. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola tadi.
5. Apabila bebola timbul, angkat dan toskan ke dalam tapisan.
6. Golekkan bebola dengan kelapa parut yang bercampur dengan sedikit garam dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment