KEK PISANG
▼
Thursday, July 2, 2015
SPAGHETTI GORENG
SPAGHETTI GORENG
oleh : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
1/2 paket spaghetti kering - rebus ikut arahan pada pek pembungkusan, bilas & toskan
10 ekor udang - kupas kulit, cuci bersih & toskan
4 ekor sotong - cuci bersih, potong & toskan
1 biji telur - goreng hancur & ketepikan
4 biji bawang merah - hiris/tumbuk
3 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tomato
Minyak untuk menumis
Tomato *
Timun * (* hiris untuk hiasan)
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih cincang dan bawang merah sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili kisar garing dan masak. Masukkan sotong dan udang, kacau sebati. Tumis beberapa minit lagi sehingga sotong dan udang masak. Masukkan sos tomato, kacau sebati. Masukkan spaghetti, gaul sebati. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan ke dalam pinggan hidang dan hiaskan dengan taburan telur goreng hancur, timun dan tomato hiris.
No comments:
Post a Comment