KEK PISANG
▼
Saturday, August 1, 2015
AYAM GORENG BEREMPAH
AYAM GORENG BEREMPAH
buku masakan 'Senangnya Memasak Ayam' Chef Hanieliza..
Bahan A :
5 keping paha ayam (saya guna 1/2 ekor ayam - dipotong kecil)
1 sudu besar rempah kari ayam/daging Babas
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar serbuk cili
Daun kari secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak
Bahan B (Dikisar) :
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai - ambil bahagian putih & dipotong-potong
Cara Membuat :
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
2. Perapkan selama 1/2 jam.
3. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan ayam.
4. Apabila ayam sudah masak dengan kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk lain.
No comments:
Post a Comment