KUBIS MASAK LEMAK PUTIH RINGKAS
rujukan : Saji Mei 2015
Bahan-bahan :
1 labu bawang besar - mayang
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
250 gm kubis
200 ml santan
200 ml air
1 sudu besar ikan bilis
Garam & lada hitam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Masukkan santan, bawang putih, cili merah, ikan bilis, garam dan lada hitam ke dalam periuk. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan kubis dan tambahkan sedikit air. Gaul sebati.
3. Selepas itu tutup periuk selama 5 minit atau sehingga kubis layu dan masak.
No comments:
Post a Comment