KEK PISANG
▼
Friday, August 14, 2015
AYAM PADPRIK
AYAM PADPRIK
buku 'Senangnya Memasak Ayam' Chef Hanieliza..
Bahan A : (Dipotong Kecil)
300 gm isi ayam (dihiris memanjang)
100 gm lobak merah
100 gm kubis bunga
50 gm capsicum/lada benggala hijau
1 labu bawang besar
Bahan B : (Bahan untuk sos)
2 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
5 helai daun limau purut
1 batang serai (diketuk)
3 biji limau kasturi (diambil jusnya)
5 biji cili api (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menumis
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan serai hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili, sos tiram dan air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan sayur-sayuran lain dan kacau rata.
5. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, cili api, bawang besar dan kacau.
6. Masukkan jus limau dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih, mi ataupun bihun yang sudah dicelurkan.
No comments:
Post a Comment