KEK PISANG
▼
Friday, September 18, 2015
GULAI IKAN SIAM
GULAI IKAN SIAM
Majalah Saji Julai 2015...
Bahan A :
500 gm ikan tenggiri/merah/kembung (saya guna ikan kembung 2 ekor saiz besar dikerat 2 setiap satu)
3 cawan santan
Sedikit terung pipit (tak letak sebab tiada)
Sedikit belimbing buluh
5 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau - belah dua
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Kisar :
10 tangkai cili kering - dipotong & direndam hingga kembang
10 tangkai cili padi
5 batang serai - dipotong-potong
2 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 biji buah keras (saya tambah untuk memekatkan kuah - jika suka)
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam periuk/kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan, terung pipit dan daun limau purut. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan buah belimbing buluh dan cili hijau. Perlahankan api dan biarkan pekat dan pecah minyak.
No comments:
Post a Comment