KEK PISANG
▼
Tuesday, October 13, 2015
APAM NASI PELANGI
APAM NASI PELANGI
sumber : Bicara Kak Noor; thanks...
Bahan-bahan :
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 peket yis Mauripan
2 cawan nasi sejuk
3 cawan air
Kelapa parut putih secukupnya*
Garam secukup rasa* (* digaul bersama)
Cara-cara :
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar kecuali nasi sejuk dan air, gaulkan dan ketepikan dulu. Kisarkan nasi sejuk dan air sehingga betul-betul hancur dan campurkan dengan bahan-bahan yang digaul tadi dan biarkan sebati. Perapkan selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik dan ber awan. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Masukkan adunan ke dalam acuan kecil (ikut pilihan) dan kukus selama 10-15 minit. Setelah masak hidangkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam. (Untuk apam pelangi, adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan. Tuangkan adunan secara berselang-seli di dalam acuan dan kukus).
No comments:
Post a Comment