KEK PISANG
▼
Wednesday, October 14, 2015
NASI LEMAK HALBA
NASI LEMAK HALBA
sumber dari : Dapur Tanpa Sempadan; thanks...
Bahan-bahan :
2 cawan beras basmathi - cuci, rendam 25 minit & toskan
3 cawan santan segar
1 batang serai - di titik
1 biji bawang besar saiz kecil - dibelah 4
3 ulas bawang putih - diketuk
1/2 inci halia - dihiris nipis
1 helai daun pandan - disimpul
3/4 sudu kecil garam
25 biji halba
Bahan Sampingan :
Sambal tumis
Hirisan timun
Udang goreng kunyit atau ayam - ikut pilihan
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Telur rebus atau telur mata kerbau, telur dadar, ikut selera masing-masing
Cara Penyediaan :
1. Cuci beras basmathi dan rendam selama 25 minit, toskan dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan serai, bawang besar, bawang putih, daun pandan, halia dan halba. Gaul rata. Masukkan garam ke dalam santan, kacau hingga rata dan tuangkan santan ke dalam periuk berisi beras tadi. Kacau dan masak seperti biasa.
2. Bila lampu pada periuk nasi elektrik bertukar dari 'cook' ke 'warm'. Biarkan sekejap dalam 10 minit. Matikan suis periuk nasi dan gemburkan nasi lemak halba tadi dengan chopstick. Jangan gembur banyak kali nanti nasi akan patah-patah. (Tujuan suis periuk dimatikan ialah untuk mengelakkan nasi lemak jadi berkerak). Hidangkan nasi lemak halba bersama sambal tumis dan bahan-bahan sampingan.
No comments:
Post a Comment