BENGGALI ALOO
sumber : Paty's Kitchen; thanks....
Bahan-bahan :
5-6 biji ubi kentang - direbus sehingga empuk & kupas kulit
4 sudu besar minyak zaitun
1 1/2 sudu teh lada hitam - ditumbuk
1/2 tangkai cili merah - dihiris
Sedikit serbuk paprika - jika suka
Garam secukup rasa
Daun kari atau daun ketumbar
Cara Memasak :
1. Rebus ubi kentang sehingga empuk, kupas kulit dan potong dadu besar.
2. Panaskan minyak zaitun dan gorengkan daun kari sehingga naik bau. Masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga kekuningan.
3. Masukkan garam, serbuk paprika dan lada hitam tumbuk.
4. Gaul rata dan angkat.
No comments:
Post a Comment