KEK PISANG
▼
Tuesday, October 20, 2015
PANNA COTTA KURMA
PANNA COTTA KURMA (DUA HIDANGAN)
Bahan-bahan :
225 ml susu segar sejuk dari peti ais
5 gm gelatin halal
35 gm gula
100 ml whipping cream
5 biji kurma
1/8 tsp serbuk kayu manis
Cara-cara :
1. Ambil 100 ml susu segar sejuk dan taburkan serbuk gelatin. Biarkan 5 hingga 10 minit sehingga kembang.
2. Kisar kurma bersama susu selebihnya tadi dan masak bersama whipping cream. Tambahkan sedikit serbuk kulit kayu manis dan kacau sebati.
3. Seterusnya masukkan gelatin bersama susu tadi ke dalam susu yang sedang dimasak.
4. Tutup api dan tapis jika perlu. Masukkan adunan ke dalam gelas. Sejukkan di dalam peti sejuk.
5. Hidangkan bersama hirisan kurma sebagai hiasan.
No comments:
Post a Comment