SMOOTHIE PISANG KAKI @ PERSIMMON
sumber : Little Amie's Kitchen; (delicious & yummy); thanks....
Bahan-bahan :
2 biji pisang kaki @ persimmon (dikupas kulit, dibelah & potong kecil-kecil)
75 gm yogurt asli (saya guna Greek yogurt)
100 ml susu segar
1 1/2 sudu gula
Cara Penyediaan :
1. Sejukbekukan pisang kaki @ persimmon di dalam peti ais (bahagian freezer) selama 4-5 jam. (Saya simpan semalaman).
2. Kisarkan pisang kaki bersama susu segar, yogurt dan gula hingga halus dan sebati.
3. Tuangkan ke dalam gelas pilihan.
4. Sedia untuk dinikmati....
No comments:
Post a Comment