KEK PISANG
▼
Saturday, November 7, 2015
MINGGU MEMUDING!!!!
PUDING KEJU KARAMEL/CARAMEL
CHEESE PUDDING
rujukan dari : citarasawan; (sangat sedap), thanks...
Bahan Karamel :
100 gm gula pasir
(Masak gula sehingga perang kemudian tuang cepat-cepat ke dalam acuan-acuan kecil, ketepikan)..
Bahan Puding Keju :
150 gm krim keju, lembutkan pada suhu bilik
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
100 ml susu sejat/susu cair
200 ml air
3 biji telur (saya guna gred B - dipukul ringan)
6 biji acuan kecil/ramekin kecil - digris dengan sedikit mentega terlebih dahulu
Cara-cara :
1. Satukan krim keju, gula pasir dan garam di dalam mangkuk adunan. Whisk sehingga bergaul rata dan tidak berketul.
2. Di dalam bekas lain, satukan susu cair dan air kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim keju sambil dipukul sehingga rata dan sebati.
3. Masukkan telur dan gaul sehingga rata dan sebati. Tapiskan ke dalam jug kecil.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan berisi karamel sehingga penuh.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu secara 'bain marie' (letakkan aduan di dalam dulang berisi air panas) pada suhu 160'C di rak tengah selama 1 jam.
6. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau lebih sebelum dikeluarkan dari acuan...
No comments:
Post a Comment