KEK PISANG
▼
Thursday, November 5, 2015
PUDING ROTI (BAKAR)
PUDING ROTI (BAKAR)
sumber : Hanamemories; thanks..
C&P : Syapex Kitchen; thanks...
Bahan-bahan :
7-8 keping roti (dicarik-carik & saya bakar sekejap anggaran 10 minit)
500 ml susu segar (2 cawan) *
4 sudu besar gula halus *
2 biji telur gred B *
1 sudu teh esen vanilla *
1 sudu teh serbuk kayu manis (optional) *
2 sudu besar mentega (dicairkan)
3 sudu besar kismis (saya letak cranberry kering)
Cara-cara :
1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda (*). Koyak-koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.
2. Masukkan separuh kismis dan mentega cair, gaul sebati. Kemudian tuangkan ke dalam loyang/bekas pilihan yang telah digris dengan sedikit mentega. Taburkan baki kismis di atas adunan.
3. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
Bahan Sos Kastad : (sumber : tiffinbiru)
1 cawan susu segar (atau 1/2 cawan susu sejat + 1/2 cawan air)
1 camca besar penuh gula kastor
1 camca besar penuh tepung kastad
1/2 sudu teh esen vanilla
2 camca besar air
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan sos kecuali esen vanilla. Kacau rata dan tapiskan ke dalam periuk. Masak dengan api kecil sambil dikacau sehingga mendidih. Masukkan esen vanilla, kacau sekejap dan tutup api. Sedia dihidangkan bersama puding roti samaada sejuk atau panas...
No comments:
Post a Comment