KEK PISANG
▼
Monday, November 2, 2015
MUFIN PISANG
MUFIN PISANG
buku : Jom Berjimat Aneka Rasa Mufin - Norhayani Mohd Nor..
Bahan-bahan :
100 gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
100 gm pisang lecek
90 gm mentega tanpa garam
60 gm gula kastor
1 biji telur gred A/B
secubit garam
sedikit esen vanilla
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170'C. Ayakkan tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, pukul mentega sehingga menjadi krim. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul sehingga putih.
3. Masukkan telur, esen vanilla dan garam, kacau sebati.
4. Masukkan 1/3 daripada bahan yang diayak tadi, kacau sedikit.
5. Kemudian masukkan pisang, kacau rata. Ulang proses no.4 sehingga tepung habis.
6. Isikan adunan ke dalam cawan kertas lebih kurang 2/3 penuh.
7. Taburkan sedikit chocolate rice dan badam cincang (bakar sekejap badam cincang) di atas mufin jika suka. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak sepenuhnya.. (yields : 16 pcs)
No comments:
Post a Comment